Baru-baru ni aku terserempak dengan kereta berwarna putih parking depan kereta aku. Kelihatan kereta tu ada jenama Toyota, dalam hati aku WOW ada jugak orang yang sanggup bayar lebih untuk kereta sekecik ni. Kalau aku nak beli kereta jenama luar, aku pasti akan cari yang muat 5 orang punye, dengan bonet yang muat lagi 3 orang. Maklumlah, alang-alang beli mahal baik beli yang bleh pakai lama hingga ke anak cucu. Barulah belian berbaloi-baloi.
Tapi kereta yang aku nampak ni memang cantik, sporty dan kompak. Di sebelah lambang toyota tertulis Passo. Terdetik lagi hati kecil ku, "hmm memang sesuai bawak gi pasor (bahasa perak untuk pasar=market)". Mungkin orang yang beli tu memang minat kereta kompak kerana mudah parking, tak perlu ramai-ramai naik sebab kereta pun dah mahal kan, pastu macam-macam sebab lagi lah yang tak terdetik dek akal.
Tiba-tiba dalam ralit aku aku meng'imagine' diri aku yang bertubuh besar dalam kereta kecik dan mahal tu, datang la empunye tuan kereta nak keluar parking. Bila tengok orangnya, hmm sederhana je, takde la nampak kaya sangat. Tapi mak berpesan jangan pandang pada rupa. Bonet dibuka, barang-barang belian disumbat kedalam. Ada sayur, ikan, ayam, tak silap aku mcm idop lagi ikan keli dlm plastik die menyentak-nyentak euuuwww!! I mean seriously, this guy memang bawak Toyota Passo pegi pasor!! Kagumnya aku...
Setelah kereta die keluar dari parking di depan aku, dari tepi pintu kereta belakang belah bawah, kelihatan tulisan kecil berkilat MYVi. Hah? What the...? Penat je aku berangan tadi. Kini lain pulak yang bermain di kotak fikiran ku mcm takde benda lain nak pikir.
Myvi, Passo, kenapa nak tukar myvi jadi passo? Its like tukar Beyonce jadi Kak Limah, or vice versa lah. Huh crazee! Pada aku myvi tu cantik dah sebaik-baik kejadian, nape diubah-ubah menjadi passo? Nape? Cer citer.. cer citer.. Kenapa manusia tak penah nak belajar bersyukur dengan apa yang dia miliki? Rambut yang hitam, di'blonde'kan. Kuku yang kemerahan, dihitamkan. Kereta yang dah myvi, di'passo'kan. Tujuan? Hanya untuk bangga diri. Agar mata berhenti untuk memandang (macam aku la). Agar nampak seperti mampu beli kereta yang mahal,padahal hakikatnya diubah-ubah untuk nampak mewah.
Takpelah, kata hati kecilku, mungkin dia memang teringin nak pakai Passo, tapi hanya mampu beli Myvi je. Aku? Kereta aku? Aku sayang WULchan aku, yang asli tanpa spoiller, tanpa skirting, and tanpa stiker racing yang mencacatkan badannya. Walaupun mak aku kata WULchan ni ade iras honda city la dari belakang (bangganya tuan dia). Whatever it is, I don't think I want to change anything on it.Bak kata Prof. Charles Xavier dalam X-men:First Class,
"Mutant..and proud of it"