Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 8, 2011

Shawl and Pashmina

Kenapa Serabut Sangat Ni?


Hei hei hei serabut jugak tengok girls-girls skarang pakai tudung mak aih berbelit sini, berpintal sana, itu belum masuk bab bungkus kepala lagi. Hairan sungguh.. tapi sebenarnya... aku pun.. Gadis Bertudung Lilit juge huhuhuhuh.. Itulah gelaran yang diberi pada aku masa aku baru abis praktikal di KLCC. Waktu tu aku diploma kat politeknik, melangkah masuk utk tahun akhir dengan imej baru 2006. Time tu takde lagi orang yang melilit kat poli, tp kat KL dah top dah. Yang mempopularkan tudung lilit tu adalah my idol Wardina Safiyyah. Aku ingt lagi mula-mula jadi nak pakai tu sebab aku bakal jadi pengapit kakak aku Sarah mase die kawin November 2005. And then Aunty Marina yang merupakan our family punye Tukang Gubah Hantaran (sebab die gubah kakak aku punye and mine too!) ade bukak kiosk jual tudung Syria and dia hadiahkan my first shawl untuk dipakai sebagai pengapit.


My first shawl and my first day perkenalkan my marka (at that time..now beloved hubby) to my family at Sara’s wedding

Memang jenuh la nak ada keyakinan untuk pakai something new without any tutorials back then. Tapi pastu asyik nak shopping for shawl and pashmina aje. Because I just find out something, ada shawl yang bleh pakai tanpa perlu seterika. Bagi gadis yang ok-ok tapi pemalas cam aku ni, memang suke sangat la pakai outfits yang tak memerlukan aktiviti menggosok ni. So the next wedding of my brother Jeffry on 2007, I make everybody in my family pakai pashmina and sume orang kena lilit2 plus pakai inner skaf awning tu, and any complaints like tak reti pakai la, tak kena dengan muka la, muka bulat la, muka panjang la, sume kena “Talk To The Hand” since I manage his wedding (wedding-planner!).

 


Family photo of Jeff wedding, amacam hebat tak aku? Really made everyone wear pash!

Masuk tahun 2010, aku tengok merata-rata orang dah pakai shawl and pashmina, and dah ade macam-macam jenis kain like lycra, jojet, chiffon, cotton etc,etc. Aku dah tak dipandang pelik lagi since dah ramai orang mula menggayakan fesyen ni, tapi aku pula dah mula pandang pelik to them since aku tengok they are trying to kill the purpose. What purpose, you may ask. Of course, menutup aurat. Aku rasa aku takyah bagi contoh bergambar kut since ramai blogger letak gambar muka diorang sendri dgn fesyen bungkus kepala tu so aku tamo buat dosa kering memalukan orang. But I guess you know what I mean when I say bungkus kepala. Dah macam rakyat Nigeria Afrika dah aku tengok, only whiter huhuhuh.. Pastu ada jugak guna pashmina yang lebar tu untuk belit2 kepala, belit2 leher, I mean c’mon la this is Malaysia weh, panas giler nak lilit gitu. Sekali angin lintang datang, fiyuuuuu terbang shawl. It goes in and out, twist here, pull there, last2 jadi pembungkus kepala semata-mata. Pashmina tu dah la lebar, nape nak ditayang dada. Ko ade? Aku pn ade. So takyah nak tayang2 la. Aku tau la maybe rambut u'ols dah slalu kaler2, rebonding, dah kering, dah huduh, baru la nak belajar pakai hijab. Then Wear it right la. Aku totally agree wanita Islam juga boleh berfesyen, tapi jangan lupa the purpose of berhijab in the first place – Menutup Aurat. Hey, no offense but ini nasihat sesama Islam k.

Now dah kawin and berjarak-jauh dengan hubby makes me feel more easier wearing shawl sebab bleh lipat2 masuk beg and takyah bother nak gosok bila nak pakai. But need tremendous amount of pins and needle (at least 4!). Here are some photos of me as Gadis Bertudung Lilit yang still cuba untuk menutup auratnya agar tidak tertanggung dosa oleh Hubby tercinta! Ada macam-macam shawl and pashmina, lilit-lilit pun masih xnampak mcm outer-space chick la. I'll say, nampak muslimah~


Fireman's Girl : Fireman saya suka sangat dengan gaya baru pashmina saya yang ala-ala Yuna tu, nampak macam Ummi la, katanya~

2 comments:

Anonymous said...

saya memang suka cara isteri saya bertudung.trima kasih honey.

Suzanna Hazlan said...

saya pulak memang suka gaya rambut suami saya. Terbaikkk~